Pages

Saturday, January 14, 2012

Aku Mahu Spectacular 2012 !

Bismillahirrahmanirrahim

Housemate aku mesti jem dengan aku. Yela, hujung2 minggu je tak de kat rumah. Bile dieorang tanya aku pegi mana, aku cakap la pegi seminar. Tapi memang aku pegi seminar pun. Lately, aku memang semangat nak pegi seminar. Bulan ni dan bulan lepas je, aku da pegi dekat 3 seminar berbayar, seminar percuma xyah kire la huhu. Ni antara seminar yang aku pernah pegi dalam waktu terdekat ni :

1. Upgrade Yourself Training - Oktober
2. Millionaire Mind Intensive - Novermber
3. Seminar Analisis Teknikal Emas - Disember
4. Zero to Hero - Januari

So meh aku share sikit apa yang best pasal seminar ni.

Ini apa yang Pak Cik Wiki kate, "Seminar is, generally, a form of academic instruction, either at an academic institution or offered by a commercial or professional organization." In laymen term, seminar ni tempat orang kasi talk, sharing knowledge and experience dan tempat untuk kita timba ilmu. Seminar ni ada macam2 jenis tajuk dan isu yang dibincangkan. Antara yang aku paling minat is seminar pasal self developement dan financial development.

Basically seminar ni ada 2 jenis:
1) Seminar Berbayar
2) Seminar Percuma

Seminar Percuma
Seminar percuma ni biasanya adalah FOC dan pihak penganjur jadikan nye percuma sebagai pengenalan siapa speaker mereka, apa isu yang mereka nak bincangkan dan jawapan kepada persoalan berbaloi tak kalo kite seminar mereka yang berbayar tu? Kirenya seminar percuma ni macam sesi suai kenal la.

Seminar Berbayar
Seminar berbayar ni biasanya agak mahal RM 200 keatas dan pulangan nye amat berbaloi. Kalo seminar free pun dah best, seminar berbayar lagi la best kan? Speaker untuk seminar berbayar ni biasanya sungguh komited untuk sampaikan talk die sebab die nak pastikan semua client die yang bayar mahal2 untuk seminar tu puas hati.

Before this aku asik baca buku2 self developement dan financial development je tapi bile da stat pegi seminar, aku dapat rasekan the difference. Kalo nak di analogikan, baca buku ni ibarat macam buat ulang kaji sebelum pegi kuliah dan pegi seminar ni macam pegi kuliah la. So, kalo korang buat ulang kaji sebelum pegi kuliah mesti result die gempak kan? macam tu la rase kalo kite da bace buku then pegi lak seminar tu pasal buku tu jugak. Sangat merbeles.



Ini adalah Pak Jose seorang bisnesmen (x-pilot Garuda) yang berjaya. Die tengah sign peminat2 die sebelum stat kasi talk. Aku selalu berangan untuk kasi talk. Tambah2 lagi kalo ada orang mintak sign macam tu :)  merasa jadi feymes kejap

Whenever someone invited you to a seminar, just go with it. Lebih-lebih lagi seminar percuma. Bukan kene kuar duit pun. Just pinjamkan mate dan telinga kat dieorg je kejap. Dan tak ada alasan untuk orang yang tak nak pegi seminar sebab ada je seminar yang free.

So, ade seminar? Jom berkampung!

My next seminar is next month, Spectacular 2012 in February!
See you there.





No comments:

Post a Comment