Pages

Friday, December 21, 2012

Masjid-masjid Jepun

Bismillahirrahmanirrahim




Semasa kembara tempoh hari, kami sempat melawat 2 buah masjid di Jepun.
Masjid Jami Tokyo dan Masjid Fukuoka.
Kehadiran masjid di Jepun memberi nafas lega kepada masyarakat Islam di Jepun untuk 
beribadah dan menjadi tempat berkumpulnya teman-teman sefikrah.


Masjid Jami Tokyo


Ruangan dalam Masjid yang selesa


Masjid yang terletak di tengah-tengah kota



Kami sempat menunaikan solat jamak zohor-asar dan magrib-isyak disini

Silhouette Amir







Masjid Fukuoka


Masjid ini sangat dekat dengan stesen keretapi Hakozaki

Ruangan dalaman Masjid

Pandangan Sisi



 
Pandangan sisi


Tempat wudu'

 
Di Masjid Fukouka ini, kami berkenalan dengan sahabat baru Said-san.
Beliau baru memeluk Islam Jun 2012 lalu.
Sangat aktif dalam memperjuangkan Islam di Fukouka.
Beliau sudah mempunyai kedai Makanan Halal (Said Shop) dan juga menyediakan 
perkhidmatan penghantaran makanan halal ke rumah.



Ini adalah contoh produk Said-san, sosej ayam halal


Kami menghabiskan sesi lawatan di sekitar Masjid Fukouka dengan makan tengah hari bersama Said-san di Unversiti Kyushu yang terletak berhampiran, kira-kira 15minit jalan kaki.



Bento ini, antara makanan halal yang popular dijual di Kyushu Universiti


 Perjumpaan yang sangat singkat dengan Said-san telah menginsafkan aku,
tentang semangatnya untuk mendalami Islam yang baru sahaja beliau temui.

Insyallah, dalam ziarah Jepun aku tahun hadapan,
akan aku jumpa lagi Said-san untuk bertanya khabar.
Khabarnya, beliau akan menjadi bapa bulan April tahun depan
Moga Said-san terus kekal dengan perjuangan beliau!
Amin.

Wednesday, December 19, 2012

Foto travel + Jejak Islam Jepun

Bismillahirrahmanirrahim


Sangat best!
Itu je perkataan yang paling singkat untuk mengambarkan perjalanan kami ke Jepun 10-18hb Dis 2012.
Berlima (aku, amir, faiz, fasha, mak cik maria) dari Malaysia dan bertemu Kamal dari Sanghai orang Malaysia yang bekerja disana.

Kembara backpacker kami selama 8 hari penuh dengan peluang-peluang yang tak disangka.
Berjumpa dengan pelbagai orang, berbagai pengalaman baru dan muncul banyak idea-idea baru.



Layan blues kejap kat Azuma-bashi Bridge.



4 hari pertama kami habiskan dengan sesi fotografi sekitar Tokyo, Gunung Fuji, Osaka.
4 hari seterusnya kami peruntukkan untuk berjumpa dengan keluarga angkat Kamal di Nagoya dan Komuniti muslim di Fukouka.



Antara sudut pandang yang berbeza untuk Gunung Fuji



Kembara kami ini tidak terhad setakat 8 hari ini sahaja kerana kami berazam akan kembali kesana untuk berganding bahu dengan komuniti Islam disana untuk menyebarkan syiar Islam disana.
Insyallah, Sakura kami datang!




ps : gambar-gambar semasa di Jepun akan dimuat naik bersama-sama dengan post dari blog ini, stay tune! :)
pss : gambar2 ni hangat dari camera, malas nak sunting-sunting.